Wednesday, August 11, 2010

Kuih Talam

Alhamdulillah, saya mendapat tapak bazaar ramadhan di Putrajaya untuk ramadhan kali ini. Bermula hari ini (satu ramadhan) saya menjual pelbagai jenis kuih talam di bazaar tersebut. jemputlah datang ke bazaar ramadhan putrajaya, singgah lah ke gerai saya.

Baru-baru ini saya telah menghadiri kursus membuat kuih Talam bersama chef Asma (yang berdiri baju kuning). Banyak ilmu yang saya dapat ketika kursus tersebut. Pelbagai jenis kuih talam dapat dipelajari.


kuih Talam saya jual dalam bekas kecil harga RM 2.50/ 6pcs. Contoh kuih talam yang saya jual seperti gambar di atas. bagi yang ingin membeli saiz loyang (10x10) ataupun 64 pcs, harga dalam lingkungan RM 20- 25 mengikut jenis kuih talam. Contohnya seperti dibawah.


 ada lagi pelbagai jenis kuih talam yang saya jual. sila lihat gambar-gambar di bawah...


yang di atas  ini adalah Talam Suji, dan yang di bawah pula, Talam Keladi



ada juga kuih seri muka gula merah dan pandan...


 
dan ada juga kole kacang..